Saturday, June 12, 2010

Selangkah ke hadapan...hanya pendapat

kalau dilihat keanggotaan ERC ketika ini...sangat sesuai untuk di susun semula agar nama dan keupayaannya meningkat dipersada dunia menyelamat....sebagai pengasas...aku kerap kali memikirkan kemana hala tuju ERC lagi 10 tahun akan datang...

Lalu aku memikirkan...untuk perjuangan ERC...aku ingin mencadangkan beberapa langkah bagi mengemaskan keupayaan ERC....

1. Menjalankan usahasama dengan pelbagai agensi berpengaruh dalam bidang RESCUE..
2.Menubuhkan UNIT kecil dibawah ERC dengan mengkhaskan "specialbility"
3.Mengumpul dana bagi penjanaan imej ERC
4.Melakukan latihan bagi memastikan ERC sentiasa bersedia dengan apa jua situasi.
5.Sentiasa peka dengan info2x kecemasan

Melihat pelbagai agensi yang kita boleh belajar dari kemahiran mereka memandangkan kewangan kelab tidak mengizinkan...kita kena pantas meraih peluang seperti ini untuk keuntungan ERC...

Tuesday, February 9, 2010

ERC TERUS GEMILANG DI UiTM PULAU PINANG

Daripada sebuah kelab yang baru..Emergency Rescue Club UiTM Pulau Pinang membina organisasi yang dahulunya sebuah organisasi kelab yang biasa tapi hari demi hari ERC UiTM P.Pinang terus melakar namanya dipersada kelab dan persatuan di UiTM Pulau Pinang.Baru pun boleh diketagorikan sebagai sebuah kelab yang baru setahun jagung jikalau dibandingkan dengan kelab dan persatuan yang lain,namun begitu ERC terus mengapai kejayaan dan anugerah.Terbaru ERC UiTM P.Pinang meraih 2 lagi anugerah seterusnya mengekalkan kemenangan pada tahun lepas dengan mengekalkan kemenangan pada kategori ANUGERAH KELAB DAN PERSATUAN (PROGRAM TERBAIK) DAN ANUGERAH KELAB DAN PERSATUAN ( SUKAN DAN REAKRASI).Tahniah diucapkan kepada ERC.Dengan kemenangan yang diraih,menjadi satu semangat untuk meneruskan tradisi ERC.Selamat Maju Jaya



Wednesday, November 4, 2009

Pendapat dari ahli2 dan bekas ahli Emergency Rescue Club

Setelah sekian lama saya mendiamkan diri dan tidak mencampuri hal ehwal Emergency Rescue Club UiTM Pulau Pinang, saya terpanggil untuk mencadangkan supaya ERC berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (http://www.ros.gov.my/ ).Ni adalah satu ideal bagi memperkasakan dan memajukan ERC supaya namanya sentiasa mekar pada masa akan datang..tambahan pula ramai antara bekas ahli-ahli ERC masih ingin bergiat aktif dengan kelab..tetapi tersekat atas sebab bukan lagi pelajar UiTM P.Pinang atau bukan lagi status student UiTM..maka dengan itu saya bercadang untuk mendaftarkan kelab.ERC UiTM P.Pinang masih lagi kekal..kerana disitu lah bermulanya sejarah...dan antara ahli ERC UiTM dan ERC yg akan didaftarkan tidak akan dipisahkan..dari segi komitmen..saya rasa ini adalah kelab yang kita cipta,ikut,dan berusaha untuk memenuhi kehendak kita untuk bergiat aktif dan berbakti..AGM akan diadakan..dan saya akan berusaha untuk keluar kan surat rasmi untuk memberitahu anda.Kita cuba sedaya upaya untuk menjayakan agenda ini..jika anda semua memberi sokongan padu kepada saya untuk usahakan nya..Setakat neh...nama2 dibawah adalah yg telah reply sms yg saya berikan untuk survey..berikut adalah komen rakan2:

1.AIMAN-SETUJU
2.ZAHRAN-SETUJU
3.AZAH-SETUJU
4.MOHD KHAIRUL ANUAR-SETUJU
5.WAN NUR BASHIRAH BT WAN MOHAMAD-SETUJU
6.SITI HAJAR-SETUJU
7.MOHD ANIF SAYUTY-SETUJU
8.FARID-SETUJU
9.ISYQI-SETUJU
10.SYUFA-SETUJU
11. JAFNI-SETUJU
12.ISHAMNURDIN-SETUJU
13.MUHD HELMI-SETUJU
14. BASIR-SETUJU
15.TAZQIRAH-SETUJU



segala komen anda saya terima melalui sms...akan diupdate sentiasa...

TERIMA KASIH

Saturday, October 24, 2009

Laporan Tahunan ERC 2009/02

Laporan Emergency Rescue Club UiTM Pulau Pinang Bagi Sesi Julai 2009.

Sepanjang semester ini, Emergency Rescue Club telah menyusun pelbagai aktiviti untuk memeriahkan lagi kelab ini. Pertama sekali, kami telah membuka pendaftaran keahlian baru bagi sesi julai-disember 2009 pada Hari Kelab dan Persatuan UiTMPP. Seterusnya, kami telah menjalankan aktiviti Bakti Siswa membantu En.Che Aziz yang telah menjadi mangsa bencana alam. Program ini turut melibatkan Jabatan Pertahanan Awam serta penduduk setempat. Disamping itu, kelab ini turut menganjurkan Kursus Asas Menyelamat pada 17-19  Julai 2009. Aktiviti ini telah disertai oleh 38 orang ahli kelab dan ahli  JPA3 UiTMPP. Ketika menghadiri kursus tersebut, kami didedahkan dengan pelbagai ilmu menyelamat serta menjalankan praktikal asas. Beberapa program kami terpaksa dibatalkan kerana penularan wabak H1N1. Pihak UiTM telah membekukan semua program untuk mengelakkan penyebaran wabak tersebut. Akhir sekali, kami telah menjalankan mesyuarat dalam kalangan ahli Majlis Tertinggi untuk membincangkan program yang akan dijalankan pada semester hadapan.

Tuesday, March 17, 2009


Peserta ekspedisi daki Gunung Yong Yap hilang
GUA MUSANG: Seorang lelaki yang menyertai ekspedisi mendaki Gunung Yong Yap, berhampiran sempadan Kelantan dan Perak dekat Pos Brooke, di sini, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan pulang petang Ahad lalu.Ekspedisi disertai 13 orang itu sempat melancarkan gerakan mencari selama enam jam, namun menemui jalan buntu apabila gagal menemui mangsa, Mohamed Hassan Ayat Zainuddin, 28.Rombongan ekspedisi dari Kuala Lumpur itu melakukan gerakan mencari rakan mereka selepas menyedari mangsa hilang kira-kira jam 4.14 petang sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Raja Cameron Highlands, Pahang, pagi kelmarin.Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Aziz Hassan, berkata rombongan ekspedisi itu bertolak jam 10 pagi dari Pos Brooke dan tiba di Kem Agas di pertengahan perjalanan itu kira-kira jam 2 petang dan bermalam di situ sebelum meneruskan pendakian ke puncak gunung jam 5.30 pagi Ahad.Katanya, ketika tiba di puncak kira-kira jam 11.30 pagi, mangsa dilihat masih bersama rombongan itu sementara menunggu masa bertolak pulang kira-kira jam 12.10 tengah hari.“Mangsa dilaporkan hilang sebaik rombongan terbabit tiba di Kem Agas pada jam 4.14 petang dan menyedari Mohamed Hassan Ayat tidak ada bersama menyebabkan rakan mangsa melancarkan gerakan mencarinya,”

katanya.sumber = Harian Metro

Emergency Rescue Club UiTM Pulau Pinang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat di gunung yong yap. Operasi di ikuti oleh pegawai pengiring yang juga penasihat kelab En Zakaria Ishak. Tumpuan utama membantu dari segi perhubungan radio.Memandangkan pengerusi dan MT ERC mempunyai lesen radio amatur. Berikut adalah gambar-gambar operasi.

Wednesday, August 20, 2008

Emergency Rescue Club Di Internet


Selama penubuhan Emergency Rescue Club UiTM Pulau Pinang selama setahun...ERC telah banyak mencipta nama di Malaysia...antaranya

Tuesday, August 19, 2008

Kursus Komunikasi Kecemasan bersama MARES,MALAYSIA



Seramai 38 org pelajar dari Emergency Rescue CLub UiTM P.P telah menghadiri kursus terbabit yang bertempat di Kolej Puncak Perdana UiTM Malaysia pada 25/01/2008

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti tersebut :http://s270.photobucket.com/albums/jj88/qifa_mfeo/