Wednesday, August 20, 2008

Emergency Rescue Club Di Internet


Selama penubuhan Emergency Rescue Club UiTM Pulau Pinang selama setahun...ERC telah banyak mencipta nama di Malaysia...antaranya

Tuesday, August 19, 2008

Kursus Komunikasi Kecemasan bersama MARES,MALAYSIA



Seramai 38 org pelajar dari Emergency Rescue CLub UiTM P.P telah menghadiri kursus terbabit yang bertempat di Kolej Puncak Perdana UiTM Malaysia pada 25/01/2008

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti tersebut :http://s270.photobucket.com/albums/jj88/qifa_mfeo/

Gambar Majlis Tertinggi Emergency Rescue Club UiTM Pulau Pinang 2007/2008

berikut adalah pic majlis tertinggi ERC sesi 2007/2008 http://s270.photobucket.com/albums/jj88/qifa_mfeo/ajk/

Kutipan Derma Gempa Nusantara Anjuran Utusan Malaysia

Emergency Rescue Club UiTM Pulau Pinang telah mengadakan kutipan derma bagi mangsa gempa bumi yang melanda Indonesia awal tahun ini. Sehubungan dengan anjuran Utusan Malaysia dan Maybank Malaysia, Emergency Rescue Club UiTM Pulau Pinang terpanggil untuk mewakili mahasiswa-mahasiswi Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang.

Bantahan Mahasiswa/i UiTM Pulau Pinang






15 Ogos 2008 - Sabtu


Bertempat di perkarangan "Loading Bay" UiTM P.Pinang seramai hampir 5000 mahasiswa/i UiTM Pulau Pinang telah berkumpul dengan berpakaian baju berwarna hitam bertujuan membantah cadangan MB Selangor berkenaan pembukaan 10% kepada non-bumi. Bantahan aman ini dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar bersama persatuan2 dan kelab2 UiTM Pulau Pinang.Bantahan ini diakhiri dengan penyerahan memorandum kepada TPHEA UiTM Pulau Pinang. Lebih banyak gambar disini http://s270.photobucket.com/albums/jj88/qifa_mfeo/bantahan%20uitm%20penang/

Operasi Latihan Mencari dan Menyelamat sempena Program Emergency Communication Day 2008 UiTM Pulau Pinang






9 ogos 2008 - Sabtu

Diawal pagi sabtu baru-baru ini, kampus UiTM P.P dikejutkan dengan latihan operasi mencari dan menyelamat anjuran Emergency Rescue Club UiTM Pulau Pinang, PDRM, ASTRA, JBPM, JPAM.Tepat pukul 7.00 pagi kelibat ahli-ahli ERC berkumpul di perkarangan padang kawad UiTM P.P. Tidak lama kemudian ketibaan jentera BOMBA dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Perda dan diikuti ketibaan Ambulans dari Jabatan Pertahanan Awam.Operasi ini diadakan bertujuaan memberi persediaan awal dan pengetahuan awal sekiranya Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang dilanda masalah yang sama dengan UiTM Perlis satu ketika dahulu. Program ini bermula pada pukul 7.00 pagi sehingga 12.30 tengahari. Yang menarik mengenai program ini adalah,operasi ini dipancarkan melalui ruang udara menggunakan transnasional ASTRA ke 2 kampus, iaitu UiTM Malaysia dan UiTM Perak.Program ini turut didengari oleh rakan-rakan HAM seluruh Malaysia.Sila click sini untuk gambar sepanjang program ini berlangsung :-http://s270.photobucket.com/albums/jj88/qifa_mfeo/operasi%20mencari%20dan%20menyelamat/


Selamat Datang Ke Laman Ini

Emergency Rescue Club UiTM Pulau Pinang merupakan sebuah kelab yang berdaftar secara sah dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UiTM Pulau Pinang. Ditubuhkan secara rasmi pada 1 Ogos 2007 oleh Mohammad Afiq bin Jatarona. Dengan kekuatan asal hanya seramai 25 orang dan kini berkat usaha ahli majlis tertinggi ERC 2007/2008 ahli baru kini mencecah seramai 150 orang..