Saturday, October 24, 2009

Laporan Tahunan ERC 2009/02

Laporan Emergency Rescue Club UiTM Pulau Pinang Bagi Sesi Julai 2009.

Sepanjang semester ini, Emergency Rescue Club telah menyusun pelbagai aktiviti untuk memeriahkan lagi kelab ini. Pertama sekali, kami telah membuka pendaftaran keahlian baru bagi sesi julai-disember 2009 pada Hari Kelab dan Persatuan UiTMPP. Seterusnya, kami telah menjalankan aktiviti Bakti Siswa membantu En.Che Aziz yang telah menjadi mangsa bencana alam. Program ini turut melibatkan Jabatan Pertahanan Awam serta penduduk setempat. Disamping itu, kelab ini turut menganjurkan Kursus Asas Menyelamat pada 17-19  Julai 2009. Aktiviti ini telah disertai oleh 38 orang ahli kelab dan ahli  JPA3 UiTMPP. Ketika menghadiri kursus tersebut, kami didedahkan dengan pelbagai ilmu menyelamat serta menjalankan praktikal asas. Beberapa program kami terpaksa dibatalkan kerana penularan wabak H1N1. Pihak UiTM telah membekukan semua program untuk mengelakkan penyebaran wabak tersebut. Akhir sekali, kami telah menjalankan mesyuarat dalam kalangan ahli Majlis Tertinggi untuk membincangkan program yang akan dijalankan pada semester hadapan.