Tuesday, August 19, 2008

Operasi Latihan Mencari dan Menyelamat sempena Program Emergency Communication Day 2008 UiTM Pulau Pinang






9 ogos 2008 - Sabtu

Diawal pagi sabtu baru-baru ini, kampus UiTM P.P dikejutkan dengan latihan operasi mencari dan menyelamat anjuran Emergency Rescue Club UiTM Pulau Pinang, PDRM, ASTRA, JBPM, JPAM.Tepat pukul 7.00 pagi kelibat ahli-ahli ERC berkumpul di perkarangan padang kawad UiTM P.P. Tidak lama kemudian ketibaan jentera BOMBA dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Perda dan diikuti ketibaan Ambulans dari Jabatan Pertahanan Awam.Operasi ini diadakan bertujuaan memberi persediaan awal dan pengetahuan awal sekiranya Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang dilanda masalah yang sama dengan UiTM Perlis satu ketika dahulu. Program ini bermula pada pukul 7.00 pagi sehingga 12.30 tengahari. Yang menarik mengenai program ini adalah,operasi ini dipancarkan melalui ruang udara menggunakan transnasional ASTRA ke 2 kampus, iaitu UiTM Malaysia dan UiTM Perak.Program ini turut didengari oleh rakan-rakan HAM seluruh Malaysia.Sila click sini untuk gambar sepanjang program ini berlangsung :-http://s270.photobucket.com/albums/jj88/qifa_mfeo/operasi%20mencari%20dan%20menyelamat/


No comments: